01st March 2009: Pada tanggal 1hb Mac 2009 bersamaan 4 Rabiulawal 1430 Hijrah, seramai lapan orang Ahli Jawatan Kuasa Rukun Tetangga Emerald Park telah menghadiri Majlis Persandingan Encik Mohd Fazli bin Ibrahim bersama pasangannya, Cik Yanti Baizura binti Jasni, bertempat di kediaman beliau di Senawang.
Encik Mohd Fazli merupakan Pegawai Perpaduan Daerah Seremban dari Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Sembilan. Beliau bersama organisasinya membantu dengan segenap hati serta menyumbang tenaga dan masa untuk menjayakan penubuhan Kawasan Rukun Tetangga Emerald Park.
Penduduk-penduduk dan AJK Kawasan Rukun Tetangga Emerald Park, mengucapkan ribuan terima kasih atas undangan ke majlis beliau. Kami ingin mengucapkan tahniah dan mendoakan agar beliau dan pasangan berbahagia menjalani kehidupan berumahtangga.